top of page

KENYATAAN RASMI

#MYCLIMATESTRIKE

KLSEPT2019

Tahniah Rakyat Malaysia!

36 tahun kita menyedut udara yang kotor. Ratusan rakyat Malaysia turun ke jalanan kali ini untuk menuntut keadilan kepada hutan yang dibakar yang mengakibatkan jerebu saban tahun.

KAWAN KAWAN, terima kasih kerana mempertahankan hak kebebasan bersuara tentang KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan turunnya kualiti hidup, kemusnahan habitat liar dan fungsi ekosistem dan juga kematian rakyat malaysia dan kepupusan hidupan liar!

KAMY menyeru orang ramai melihat isu jerebu dan kebakaran hutan ini sebagai satu realiti krisis iklim yang sudah kita alami setelah sekian lama tanpa tindakan aktif dari pihak yang bertanggungjawab. Kualiti udara Malaysia berada lebih dari skala 200 API, satu tahap berbahaya kepada kesihatan manusia. Krisis jerebu yang berkait rapat dengan peningkatan suhu bumi dan ketamakan kapitalis jerebu adalah satu kitaran krisis iklim yang tidak mengenal sempadan manusia. Malaysia tidak akan terselamat dari bahana krisis ini.

Secara asasnya #MYCLIMATESTRIKE mempunyai 4 tujuan:

  • Tingkatkan kesedaran awam tentang krisis iklim di Malaysia.

  • Tingkatkan visibiliti krisis iklim dan naratif dari negara membangun - ‘the global south’; fokus terhadap Asia Tenggara dan Malaysia sempena minggu #GlobalClimateStrike

  • Pecahkan dinding pasif politik dan media Malaysia mengenai krisis iklim yang kita hadapi.

  • Gesa pengisytiharan DARURAT IKLIM untuk mobilisasi dana dan polisi membendung krisis iklim

Tindakan Tolak Jerebu #MYCLIMATESTRIKE

  1. KERAJAAN MESTI GUBAL AKTA JEREBU TRANS SEMPADAN

  2. TETAPKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS SYARIKAT BERTANGGUNGJAWAB PUNCA JEREBU

  3. BENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KHAS UNTUK SIASAT SYARIKAT PUNCA JEREBU

  4. LARANGAN KERAS TERHADAP GOVERNEMENT LINKED INVESTMENT COMPANIES (GLICs) DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT PUNCA JEREBU

  5. SYARIKAT-SYARIKAT BERASASKAN SUMBER ASLI MESTI ISYTIHAR PETA KONSESI KEPADA PIHAK BERWAJIB

  6. WUJUDKAN SISTEM PEMANTAUAN TITIK PANAS NASIONAL UNTUK MEMANTAU SYARIKAT-SYARIKAT BERASASKAN SUMBER ASLI

  7. PEMIMPIN NEGARA-NEGARA ASEAN PERLU MENJAMIN KERJASAMA EFEKTIF DAN AMBIL PENDIRIAN TEGAS BERKAITAN ISU ALAM SEKITAR

Tujuh Tindakan Tolak Jerebu ini adalah sebahagian petisyen online yang akan dibawa ke sesi parliament pada bulan 10 ini. Layari media platform KAMY untuk ketahui info lanjut atau bit.ly/KAMYtuntut

QR for PETITION.jpeg

 

#MYCLIMATESTRIKE bermula dengan perhimpunan di siar kaki Sogo yang telah menjadi saksi kepada detik detik penting perjuangan rakyat dan demokrasi Malaysia. Tujuh Tindakan Tolak Jerebu #MYCLIMATESTRIKE di baca sepanjang perarakan dari Sogo ke Dataran Merdeka.

Sebanyak 1000 orang telah berarak untuk menyambut amanat suara masa depan yang terdiri dari kanak kanak dari Pulau Pinang di pertengahan jalan. Aksi simbolik ini menandakan bahawa kita akhirnya bertindak untuk menyelamatkan masa depan anak anak Malaysia.

Satu aksi tarian Capoeira dari Brasil juga turut dimainkan sebagai simbol kebakaran hutan Amazon, sebagai satu aksi solidariti dengan kebakaran hutan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Mangsa ketamakan kapitalis jerebu bukan hanya di Malaysia, malah satu dunia terkesan.

Perarakan dari Sogo sampai di Dataran Merdeka dan dimulakan dengan sesi ucapan oleh aktivis, ahli MP, Komuniti Orang Asli dan hutan, badan badan NGO, ahli akademik dan amanat dari kanak kanak.

Senarai pemberi ucapan

  • Hishamuddin Rais, Aktivis sosial

  • Wong Chen, MP Subang

  • Gurmit Singh, Pengerusi CETDEM

  • Mustafa Along, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan

  • Dendi, Pengerusi Pemuda Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan

  • Alicia Teoh, Pengasas dan setiausaha Shah Alam Community Forest

  • Dr Khor Swee Kheng, Pengamal sistem kesihatan dan polisi dari University Oxford

  • Bacaan Sajak – English (Yara Kershot, 12), Bahasa Melayu (Jaz Leen, 10)

  • Amanat dari 4 kanak - kanak sekolah di Pulau Pinang

#MYCLIMATESTRIKE diakhiri dengan DIE-IN, sebagai aksi protes KEPUPUSAN. Sebelas tanda kemusnahan bergema tatkala semua demonstrant terbaring di atas jalan sebagai tanda simbolik 11 tahun sebelum suhu global naik ke 1.5°C. KRISIS IKLIM bukan lagi satu ramalan yang akan berlaku di masa hadapan. Ia adalah satu realiti yang sedang MALAYSIA alami, dan ianya di tahap kritikal.

KAMY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang bekerja keras untuk menjayakan #MYCLIMATESTRIKE. Sekalung penghargaan kepada kumpulan kumpulan aktivis grassroots yang telah lama memperjuangkan isu isu alam sekitar dan hak asasi manusia di Malaysia. Sesungguhnya perjuangan KAMY berdiri di atas usaha usaha anda semua. Selain itu, terima kasih kepada pihak DBKL dan polis yang memberi kerjasama untuk menjaga keselamatan para demonstrant dan lalu lintas, dan juga pihak Zero Waste Malaysia yang membersihkan kawasan perarakan dan perhimpunan #MYCLIMATESTRIKE.

KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR yang berkait lansung dengan KRISIS IKLIM ini perlu diambil serius untuk survival sosio-ekonomi dan politik Malaysia di masa hadapan. Kita punyai 11 tahun lagi sebelum kenaikan suhu sebanyak 1.5°C, satu tahap yang akan mengakibatkan  situasi yang tidak boleh dibaikpulih. Ini adalah krisis eksistensial terbesar manusia.
 

KAMY menggesa semua pihak untuk bersuara dan bertindak mengatasi kemusnahan alam sekitar akibat ketamakan pihak berkepentingan. Dengan keadaan BUMI yang semakin nazak, sokongan anda adalah NADI kepada pergerakan ini.

PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES

DSC_0317.JPG

PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES PROTES

bottom of page