
KAMY adalah pergerakan iklim grassroots yang diterajui oleh belia belia Malaysia yang berdiri di atas prinsip Keadilan Iklim. Ahli ahli KAMY mempunyai latar belakang yang berbeza dan pemahaman yang berlainan tentang krisis iklim. Kepelbagaian ini adalah kekuatan kami.
SIAPA KAMY?
RAKAN USAHASAMA KAMY
Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman kumpulan kumpulan lain tentang impak krisis iklim kepada masyarakat, KAMY bekerjasama dengan pelbagai organisasi bukan alam sekitar dan juga komuniti orang asli. Antara rakan kerjasama KAMY juga merentas sempadan seperti organisasi-organisasi di sekitar Asia.
MISI KAMY
FASILITASI MASYARAKAT SIVIL
Mengadakan perbincangan bersama masyarakat sivil melalui organisasi atau kumpulan grassroots di Malaysia bagi meningkatkan pemahaman tentang impak krisis iklim kepada kumpulan yang terkesan, dan gerak kerja NGO dan CSO.
PERHIMPUNAN RAKYAT
Menggunakan strategi “Citizen Assembly” yang memberi platform untuk perwakilan dari masyarakat sivil berkumpul untuk belajar dan memperdebatkan masalah dan mengumpul permintaan yang menyeluruh untuk dibentangkan kepada pembuat dasar.
ADVOKASI
Menganjurkan protes, perhimpunan, perbincangan, tayangan dokumentari, latihan, workshop dan lain-lain untuk meningkatkan kesedaran awam, dan 'capacity building' untuk bertindak ke atas krisis iklim di Malaysia & melobi perubahan aktif dan segera dalam dasar
GENDER RESPONSIVE
Menjadikan prinsip keadilan gender sebagai teras dalam meningkatkan usaha adaptasi wanita terhadap impak krisis iklim
INVENTORI
KRISIS IKLIM RAKYAT
Mengumpul data dari rakyat, dan penyebaran informasi yang tepat dan dipercayai -- anekdot, public survey, terjemahan dokumen, infografik, video pendek. Merumuskan dan mendokumentasikan tuntutan dan solusi yang berteraskan rakyat dalam memorandum atau policy brief yang efektif.
AKSES KEPADA INFORMASI
IKLIM
Memecahkan dominasi urban dan bahasa Inggeris dalam penghasilan wacana iklim di Malaysia, kerana akses kepada informasi iklim adalah hak semua, lebih lagi kepada komuniti luar bandar seperti orang asli, pesawah, dan nelayan, dan juga migrant dan yang tidak berdokumentasi.
KOLABORASI
Krisis Iklim ialah satu cabang multidisiplin yang melibatkan pelbagai latar belakang. Sebarang ide ide atau kolaborasi amat dialu alukan.Sila emel KAMY inquiry@klimaactionmalaysia.org
BERI SUMBANGAN
Solidariti untuk KAMY. Sebagai sebuah kumpulan non-profit, pergerakan ini bergantung kepada sumbangan dan sokongan anda untuk aktiviti, kempen dan projek yang lebih radikal dan berteraskan komuniti. Anda boleh menyumbang di sini atau di pautan simply giving
REBEL KAMY
Jadi sukarelawan projek dan kempen. Baca recruitment drive terbaru untuk kempen kempen KAMY untuk 2020-2021
BACA TUNTUTAN KAMY
