top of page

Isytihar Darurat Iklim

Inklusif & "Intersectional"

Malaysia memerlukan pendekatan yang lebih representatif dalam tindakan iklim dengan memperkasakan kumpulan yang paling terjejas dengan impak krisis iklim iaitu belia, wanita dan komuniti marginal. Peningkatan suhu 1 ° C ke atas akan mengancam keselamatan sosial dan ekonomi Malaysia, dan kita akan menghadapi krisis eksistensial. Krisis iklim ialah isu ketidakadilan gender dan krisis hak asasi manusia.

Kehendak politik serius

KAMY menuntut kehendak politik yang serius dalam pembentukan dasar perubahan iklim yang berpaksikan kepada keamanan, keadilan dan demokrasi. Ahli politik Malaysia mesti mengambil pendirian serius terhadap kemusnahan ekologi dan krisis iklim. Kami menyeru institusi pendidikan dan kerajaan Malaysia untuk isytihar "Darurat Iklim" bagi mempercepatkan pembaharuan sosial dan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan iklim.

Akses kepada informasi iklim

Setiap orang berhak mendapat maklumat iklim yang berkualiti dan berhak untuk berpartisipasi aktif tanpa mengira bangsa, umur,  jantina, status kewarganegaraan, dan latar belakang pendidikan dan ekonomi mereka.

A person holding  a banner that says 
"Our sambal should be hot but the earth definitely should not"
Asia Climate Rally logo, a hand connected to roots, over a map of Asia
Wanita Orang Asli dengan bunga raya pada mukanya dengan tulisan "Rakyat Jaga Hutan"
Lukisan Orang Asli mendukung anaknya

Southeast Asia Climate Alliance >

Lukisan dua wanita sedang menutup mata dengan peparu yang penuh dengan fossil fuel

 program 

 terkini 

Logo dengan bunga raya yang terbakar

Pandemik COVID-19 memiliki banyak persamaan dengan krisis iklim. Ia tidak mengenal sempadan dan komuniti yang paling terkesan ialah komuniti marginal, belia dan wanita.

COVID19 telah memperlihatkan kesiapsiagaan kita dan kerapuhan sistem manusia. Sebagai respon KAMY terhadap pandemik ini, kami memfokuskan strategi kami untuk meningkatkan dan membangun kembali daya ketahanan komuniti yang paling terdedah dengan risiko Covid19 dan impak perubahan iklim.

 

Kita mesti bangkit semula. Pandemik telah menunjukkan kepada kita sekilas tentang masa depan yang selamat, sekiranya kita bertindak sekarang. Tekan butang RESET sekarang. COVID-19 telah menunjukkan apa yang kita boleh lakukan jika kita bersatu, dan masa depan apa yang kita ingini. Ini titik permulaan.  

Mari bekerjasama disini >

15 March 2024

13 years on, Kg Pinang’s Orang Asli look to TNB for help

Dari:

15 March 2024

13 years on, Kg Pinang’s Orang Asli look to TNB for help

Dari:

bottom of page