top of page

Wanita & Krisis Iklim di
Semenanjung Malaysia

Penyerahan Bertulis KAMY kepada CEDAW

Writing Paper

Laporan bayangan 'Shadow Report' KAMY kepada Sesi CEDAW ke-88 mendedahkan kesan krisis iklim yang tidak adil terhadap wanita di Semenanjung Malaysia, menandakan kali pertama isu ini memasuki kitaran CEDAW Malaysia. Analisis komprehensif ini menyerlahkan empat isu kritikal:

 

  1. Jurang Data dan Pengarusperdanaan Gender dalam Dasar Iklim

  2. Impak langsung krisis iklim terhadap wanita

  3. Mendanai wanita dalam krisis iklim

  4. Ketaksamaan penyertaan dalam Peralihan Adil 'Just Transition'

 

Advokasi ini membawa kepada "Concluding Observation"  Kitaran Ke-6 CEDAW untuk Malaysia, yang kini termasuk cadangan untuk menangani krisis iklim, Peralihan Tenaga Justru dan Pengurangan Risiko Bencana. 

 

Laporan ini mendedahkan keperluan mendesak untuk penyelesaian transformasi gender dan ketidaksamaan  penyertaan wanita dalam tadbir urus iklim dan  Peralihan Adil di Malaysia.

 
Muat turun laporan ini untuk mengakses pandangan penting, bukti-bukti dan syor-syor utama untuk penggubal dasar, organisasi masyarakat sivil dan rakyat yang ingin memacu perubahan.

Laporan kemas kini kami dari Geneva

bottom of page