• KAMY

#KrisisIklim: Perempuan Pertahan Tanah Adat Orang Asli


Orang Asli adalah antara kumpulan yang paling terkesan dengan perubahan iklim kerana kebergantungan terhadap hutan yang telah didegradasi oleh penebangan, penggunaan tanah dan juga perubahan pola cuaca.


​Risiko iklim yang dihadapi menjadi lebih buruk kerana mereka berhadapan dengan ketidakadilan iklim; iaitu dinafikan hak mereka secara sistemik untuk memerintah diri sendiri dan hak wilayah tanah adat, lalu menjurus kepada kekurangan infrastruktur asas di wilayah mereka seperti sekolah, klinik, jalan, perairan, elektrik dan juga talian komunikasi.


​Kurangnya pendidikan mengenai hak tanah adat dalam konteks degradasi eko-iklim, juga menyumbang kepada pemahaman yang merosot terhadap budaya dan tradisi di kalangan belia Orang Asli. Ini menghakis ketahanan (resilience) masyarakat dan kehilangan identiti.


Sebagai pelindung ekosistem kritikal dalam krisis iklim, Orang Asli sering ditinggalkan daripada penyertaan yang bermakna dalam proses membuat keputusan di ruangan tempatan, nasional, dan antarabangsa berkenaan isu yang berkaitan dengan mereka.


​Bagi memastikan kesinambungan dan ketahanan komuniti, penting bagi mereka terlebih dahulu mengetahui hak tanah adat mereka untuk mempertahankan pengiktirafan hak wilayah tanah adat dan bagaimana perjuangan mereka untuk melindungi ekosistem-ekosistem penting seperti hutan menjadikan mereka antara entiti yang berkepentingan penting dalam membentuk solusi untuk krisis iklim.




Watch the full livestream below:


Kuala Lumpur, Malaysia | GMT+8

inquiry@klimaactionmalaysia.org

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) | Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia - KAMY) | PPM-006-10-13042020 

  • YouTube - Black Circle

©2020 by Klima Action Malaysia (KAMY)