top of page
  • Writer's pictureKAMY

Solidaritas Tanpa Batas (BM)

Updated: 30 Ogo 2021

#OmnibusLaw RUU Cipta Kerja. Siapa paling dapat untung dan terkesan?

Selamat Hari Hartal !


Semalam, KAMY berkolaborasi dengan 350.org ntuk memberi tekanan regional kepada undang undang drakonian Omnibus yang baru sahaja diluluskan di Indonesia.



Hari ini, kes covid19 di Indonesia mencecah hampir 400,00 dengan 12,000 kematian yang direkod. Jokowi dan sekutu orligarkinya menawarkan #OmnibusLaw untuk menarik pelaburan dan cipta banyak pekerjaan.


Selama beberapa bulan kita menyaksikan rakyat Indonesia bersatu menentang Undang Undang Omnibus atau pun Rang Undang Undang (RUU) Cipta Kerja. Mogok besar besaran mencapai kemuncak bermula dari 5 Oktober 2020, saat #OmnibusLaw diluluskan.



#OmnibusLaw ini ditentang hebat oleh rakyat kerana ianya sebahagian besar ditulis oleh korporasi dan bisness, dan tidak mencapai konsultasi yang telus dari kumpulan pekerja dan golongan yang akan terjejas. Kumpulan kumpulan mahasiswa, buruh, wanita, masyarakat adat (orang asli), petani, nelayan, akademik yang merangkumi suara suara masyarakat sivil menolak RUU Cipta Kerja yang kontroversi ini.



Bersama KAMY ialah Toni dari 350.org id dan Yuris, seorang mahasiswa dari Jakarta yang menggerakkan Jakarta Climate Rangers.


Diskusi pertama membawa kepada kronologi RUU Omnibus law; bagaimana dan bila ia berlaku. Keduanya, diskusi terus kepada mengapa rakyat marhaen rata rata menentang Omnibus RUU Ciptakerja ini, dan bagaimana alam sekitar, masyarakat dan inisiatif krisis iklim akan terkesan? Terakhir kita terus kepada harapan anak muda dalam memperjuangkan suara rakyat di Indonesia.


Omnibus ini amat menguntungkan industri arang batu di Indonesia. Seperti yang kita tahu, Malaysia amat bergantung kepada arang batu sebagai asas elektrik Malaysia. Pada tahun 2018, komplex Jana Manjung di Perak megimport lebih dari 10 juta tan arang batu dari Indonesia berkaitan dengan Adaro Energy.


Saksikan rakamannya webinar di sini: https://fb.watch/1F1ZDK1ouB/






9 lihatan
bottom of page