top of page

#MYCLIMATESTRIKE

Mulakan kempen sendiri

KRISIS IKLIM bukan lagi satu ramalan yang akan berlaku di masa hadapan. Ia adalah satu realiti yang sedang MALAYSIA alami, dan ianya di tahap kritikal. Ini adalah darurat iklim.

Kualiti udara Malaysia berada lebih dari skala 150 API, satu tahap berbahaya kepada kesihatan manusia untuk jangka masa panjang. Krisis jerebu yang berkait rapat dengan peningkatan suhu bumi adalah antara kesan-kesan perubahan iklim, dan ia tidak mengenal sempadan manusia. Malaysia tidak akan terselamat dari bahana krisis ini.

KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR yang berkait lansung dengan KRISIS IKLIM ini perlu diambil serius untuk survival sosio-ekonomi dan politik Malaysia di masa hadapan. AWAS ! Kita punyai 10 tahun lagi sebelum kenaikan suhu sebanyak 1.5°C, satu tahap yang akan mengakibatkan ' irreversible damage' atau situasi yang tidak boleh dibaikpulih. Ini adalah krisis eksistensial terbesar manusia.

Turun untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara tentang KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan turunnya kualiti hidup, kemusnahan habitat liar dan fungsi ekosistem dan juga kematian rakyat malaysia dan kepupusan hidupan liar !

KAMY menggesa semua pihak untuk bersuara dan bertindak mengatasi kemusnahan alam sekitar akibat ketamakan pihak berkepentingan.Dengan keadaan BUMI yang semakin nazak, sokongan anda adalah NADI kepada pergerakan ini.

ALAM SEKITAR MILIK SEMUA

#MYCLIMATESTIKE - Terkini

Langgani surat berita KAMY

Terkini

Akan datang

?

Tiada aktiviti akan datang buat masa ini...

#MYCLIMATESTRIKE - Akan datang
bottom of page