Isytihar Darurat Iklim
Inklusiv & Intersectional
Malaysia memerlukan pendekatan yang lebih representatif dalam tindakan iklim dengan memperkasakan kumpulan yang paling terjejas dengan impak krisis iklim iaitu belia, wanita dan komuniti marginal. Peningkatan suhu 1 ° C ke atas akan mengancam keselamatan sosial dan ekonomi Malaysia, dan kita akan menghadapi krisis eksistensial. Krisis iklim ialah isu ketidakadilan gender dan krisis hak asasi manusia.
Kehendak politik serius
KAMY menuntut kehendak politik yang serius dalam pembentukan dasar perubahan iklim yang berpaksikan kepada keamanan, keadilan dan demokrasi. Ahli politik Malaysia mesti mengambil pendirian serius terhadap kemusnahan ekologi dan krisis iklim. Kami menyeru institusi pendidikan dan kerajaan Malaysia untuk isytihar "Darurat Iklim" bagi mempercepatkan pembaharuan sosial dan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan iklim.
Akses kepada informasi iklim
Setiap orang berhak mendapat maklumat iklim yang berkualiti dan berhak untuk berpartisipasi aktif tanpa mengira bangsa, umur, jantina, status kewarganegaraan, dan latar belakang pendidikan dan ekonomi mereka.

4
755,616+
15
Protes iklim di
Kuala Lumpur
Capaian
media sosial
Bengkel
40
Rakan kerjasama
101
118
Jejak berita
Infografik
Pandemik COVID-19 memiliki banyak persamaan dengan krisis iklim. Ia tidak mengenal sempadan dan komuniti yang paling terkesan ialah komuniti marginal, belia dan wanita.
COVID19 telah memperlihatkan kesiapsiagaan kita dan kerapuhan sistem manusia. Sebagai respon KAMY terhadap pandemik ini, kami memfokuskan strategi kami untuk meningkatkan dan membangun kembali daya ketahanan komuniti yang paling terdedah dengan risiko Covid19 dan impak perubahan iklim.
Kita mesti bangkit semula. Pandemik telah menunjukkan kepada kita sekilas tentang masa depan yang selamat, sekiranya kita bertindak sekarang. Tekan butang RESET sekarang. COVID-19 telah menunjukkan apa yang kita boleh lakukan jika kita bersatu, dan masa depan apa yang kita ingini. Ini titik permulaan.
Dari 10/11/2020 until 28/11/2020, kempen Asia Climate Rally (ACR) yang diterajui oleh kolektif belia climate strikers di Asia berjalan dengan satu misi; untuk memberikan tekanan kepada autoriti, institusi, korporasi multinasional di Asia untuk mengambil tindakan iklim yang lebih serius semasa pandemik. KAMY ialah AJK dari Malaysia. Lebih dari 9 negara di Asia termasuk Malaysia akan mengamplifikasi ketidakadilan iklim di Asia ketika ACR untuk menunjukkan yang kolaborasi dan solidarity antara belia perlu merentas sempadan